Zamani, bekas vokalis kumpulan SLAM mengaku beliau tidak mahu membesarkan isu mengenai video rakaman amatur yang memaparkan beliau menyanyi lagu popularnya gerimis mengundang semasa ditahan polis. Walaupun ramai yang memarahi perbuatan si penyebar, namun berlainan sekali dengan penyanyi lelaki bersuara merdu ini.
Kata Zulfazil, Abang kepada Zamani menegaskan Zamani telahpun memaafkan pihak yang menyebarkan video tersebut dan Zamani juga meminta agar isu itu tidak dipanjangkan lagi.
Beliau sendiri yang meminta isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu terbabit. Saya dan keluarga akur dengan permintaan beliau dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.
Ketika beliau ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.
Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan beliau kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, beliau tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian
Daripada itu juga, pemain gitar kumpulan slam, shah juga tidak ketinggalan mahu berkongsi sikap Zamani selama mengenali vokalis itu.
Diharap para peminat dan individu diluar sana yang memarahi si penyebar juga turut mengikuti jejak langkah Zamani yang senang memaafkan kesalahan orang lain. Ini adalah satu sikap terpuji yang patut ada pada setiap orang. Semoga Zamani pulih dan kembali bergiat aktif seperti dulu.








0 comments:
Post a Comment
Segala komen anda adalah dibawah tanggungjawab anda. Kami tidak akan menanggung sebarang kesalahan atau kesilapan dalam memberi kelulusan kepada komen anda. Segala perkataan didalam komen adalah tanggungjawab setiap individu. Sila berfikir sebelum menulis disini. Terima kasih.