Tuesday, 13 January 2015
Home »
Ashraf Sinclair
,
Bunga Citra Lestari
,
Cerita Artis
» Bunga Citra Lestari Dedah Rahsia Disayangi Ashraf Sinclair!
Bunga Citra Lestari Dedah Rahsia Disayangi Ashraf Sinclair!
Jarang sekali kita dengar mengenai rumahtangga penyanyi dan pelakon kelahiran indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan suaminya, Ashraf Sinclair. Sudah lima tahun berlalu sejak berkahwin pada tahun 2008 dan begitu juga usia perkahwinan mereka yang telah mencecah lima tahun.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Sinclair yang kini usianya mencecah 5 tahun.
Baru-baru ini, BCL sempat berkongsi rahsia dirinya mengekalkan dan memikat hati suami agar sentiasa jatuh cinta kepadanya.
Mungkin agak janggal bagi seorang wanita untuk berkongsi status begini di laman sosial, tetapi apa salahnya ingin berkongsi rahsia memikat suami bukan?
Katanya, kulit harum, lembut dan menggoda itulah yang membuatkan Ashraf seoalah-olah tidak boleh berenggang dengan dirinya.
Apapun, jangan mudah melatah, rupa-rupanya BCL memuat naik status tersebut adalah kerana salah satu cara mempromosikan satu produk hygene yang melantiknya sebagai duta.








0 comments:
Post a Comment
Segala komen anda adalah dibawah tanggungjawab anda. Kami tidak akan menanggung sebarang kesalahan atau kesilapan dalam memberi kelulusan kepada komen anda. Segala perkataan didalam komen adalah tanggungjawab setiap individu. Sila berfikir sebelum menulis disini. Terima kasih.