Zamani slam yang ditahan
beberapa hari lepas atas kesalahan memiliki dan menyalahgunakan dadah
kini terus viral di laman sosial dan blog malaysia. Satu video rakaman
amatur yang memainkan nyanyian lagu Gerimis mengundang oleh zamani dalam
keadaan tangan bergari telah mencetuskan kemarahan sesetengah pihak
yang merasa kasihan dan sedih akan perilaku si perakam.
Satu
bantahan terhadap rakaman itu telah disuarakan di media sosial FB dan
meminta agar para peminat serta masyarakat malaysia agar menyokong
tindakan bantahan tersebut.
Anggapan
meraka, video yang tersebar adakah melampau dan bersikap menghina
tahanan. Mereka berharap individu (anggota polis) yang merakam video
terbabit diambil tindakan serius kerana ia boleh mencemarkan kredibiliti
sebagai pihak berkuasa.
Mungkin
individu itu tidak terfikir yang rakaman tersebut akan menjadi satu
topik hangat di media sosial. Namun isu sensitif sebegini harus diambil
serius memandangkan Zamani pernah bergelar artis popular suatu masa dulu
dan mempunyai ramai perminat di malaysia.
Video
yang tersebar tidak dapat disiarkan disini kerana mahu menjaga aib
zamani, cukup sekadar AB katakan video tersebut cukup menyedihkan dan
kasihan melihat Zamani slam dalam keadaan sebegitu rupa.







0 comments:
Post a Comment
Segala komen anda adalah dibawah tanggungjawab anda. Kami tidak akan menanggung sebarang kesalahan atau kesilapan dalam memberi kelulusan kepada komen anda. Segala perkataan didalam komen adalah tanggungjawab setiap individu. Sila berfikir sebelum menulis disini. Terima kasih.