Sunday, 25 January 2015

Sharnaaz Ucap Tahniah, Shila Amzah Tidak Kucinta!


Sebelum ini, kisah percintaan mereka agak hangat digosipkan di ruangan media. Apatah lagi mereka bersungguh-sungguh mempertahankan cinta mereka yang dihalang oleh keluarga. Sharnaaz Ahmad pernah menyuarakan hasrat untuk memperisterikan Shila Amzah, mungkin sehingga kini didalam hati Sharnaaz Ahmad masih terukir nama Shila Amzah meskipun kini mereka mempunyai jalan hidup berbeza.

Sharnaaz Ucap Tahniah, Shila Amzah Tidak Kucinta!

Semasa berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29), Shila Amzah tampil mempersembahkan lagu Masih Aku Cinta. Untuk pengetahuan, lagu ini dicipta oleh Shila Amzah selepas putus cinta dengan Sharnaaz, Kekecewaannya itu diluah melalui lagu ini. Khabarnya Sharnaaz telah menghantar satu tweet kepada Shila mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu untuk persembahan yang hebat. Tweet itu mendapat ribuan Retweets dan Favorites, bagaimanapun reaksi Shila terhadap tweet Sharnaaz menimbulkan persoalan.


Shila Amzah telah menukar lirik lagu Masih Aku Cinta kepada Tidak Aku Cinta, serta memuat naik video dia menyanyikan versi yang baru itu ke akaun Instagram miliknya. Ia seumpama satu mesej kepada Sharnaaz Ahmad untuk memberitahu isi hatinya di masa sekarang.

Melalui Melodi TV3 25 january, Sharnaaz menyatakan tweet yang dibuat olehnya itu adalah atas dasar seorang kawan dan tidak ada kena mengena dengan isu-isu sensitif antara mereka. Bagaimanapun, reaksi daripada Shila Amzah adalah sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Sharnaaz.
Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong  dia.
Ditanya sama ada dia sedang cuba memikat Shila kembali, Sharnaaz menafikan dengan mengatakan soal itu tidak pernah timbul kerana dia sememangnya ikhlas menyampaikan rasa tahniah itu.

Sementara  itu pula, pengikut di akaun instagram Shila mula menyifatkan reaksinya itu sebagai ‘over’ kerana Sharnaaz hanya sekadar mengucapkan tahniah, namun ada juga yang mempertahankan hak penyanyi itu untuk menyanyikan lagu yang disukainya. Tweet tahniah tersebut telah pun dipadam oleh Sharnaaz kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

0 comments:

Post a Comment

Segala komen anda adalah dibawah tanggungjawab anda. Kami tidak akan menanggung sebarang kesalahan atau kesilapan dalam memberi kelulusan kepada komen anda. Segala perkataan didalam komen adalah tanggungjawab setiap individu. Sila berfikir sebelum menulis disini. Terima kasih.