Tuesday, 3 February 2015

Fathia Dan Aiman Hakim Redza Akhirnya Putus Cinta


Setelah dua tahun menjalinkan percintaan, pasangan yang dikatakan paling serasi dan sepadan 2014 iaitu Fathia Latiff dan Aiman Hakim Redza akhirnya memilih untuk membawa haluan masing-masing. Sebelum ini ramai para peminat mahu melihat mereka kekal ke jinjang pelamin, namun apa nak buat jodoh itu di tangan tuhan.

Kata Fathia, mereka menerima segala kehendak takdir dan Fathia akui mungkin tiada jodoh antara mereka.
Ya, kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah dan tidak mengumumkannya. Hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami bersama tidak panjang.
Fathia mengaku hatinya masih teringat dan menyayangi Aiman Hakim, kerana dia (Aiman Hakim Redza) adalah satu-satunya lelaki yang rapat dengannya sejak bercinta dua tahun lalu.
Kami membawa haluan masing-masing dan saya akui masih sayangkan dia (Aiman). Bayangkan dia satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya.
Selepas hubungannya dengan Aiman Hakim Redza putus, Fathia tidak mahu lagi memikirkan soal pengganti Aiman disaat ini kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjayanya namun Fathia menegaskan beliau tidak akan menolak untuk cinta lain.


Rasanya mereka sudah serasi bersama, namun itulah kalau jodoh sudah tiada usaha macamana pun tetap tak akan dapat bersama. sayang sekali. Harap mereka berdua bertemu dengan jodoh yang lebih baik dan serasi.

Sunday, 25 January 2015

Sharnaaz Ucap Tahniah, Shila Amzah Tidak Kucinta!

Sebelum ini, kisah percintaan mereka agak hangat digosipkan di ruangan media. Apatah lagi mereka bersungguh-sungguh mempertahankan cinta mereka yang dihalang oleh keluarga. Sharnaaz Ahmad pernah menyuarakan hasrat untuk memperisterikan Shila Amzah, mungkin sehingga kini didalam hati Sharnaaz Ahmad masih terukir nama Shila Amzah meskipun kini mereka mempunyai jalan hidup berbeza.

Sharnaaz Ucap Tahniah, Shila Amzah Tidak Kucinta!

Semasa berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29), Shila Amzah tampil mempersembahkan lagu Masih Aku Cinta. Untuk pengetahuan, lagu ini dicipta oleh Shila Amzah selepas putus cinta dengan Sharnaaz, Kekecewaannya itu diluah melalui lagu ini. Khabarnya Sharnaaz telah menghantar satu tweet kepada Shila mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu untuk persembahan yang hebat. Tweet itu mendapat ribuan Retweets dan Favorites, bagaimanapun reaksi Shila terhadap tweet Sharnaaz menimbulkan persoalan.


Shila Amzah telah menukar lirik lagu Masih Aku Cinta kepada Tidak Aku Cinta, serta memuat naik video dia menyanyikan versi yang baru itu ke akaun Instagram miliknya. Ia seumpama satu mesej kepada Sharnaaz Ahmad untuk memberitahu isi hatinya di masa sekarang.

Melalui Melodi TV3 25 january, Sharnaaz menyatakan tweet yang dibuat olehnya itu adalah atas dasar seorang kawan dan tidak ada kena mengena dengan isu-isu sensitif antara mereka. Bagaimanapun, reaksi daripada Shila Amzah adalah sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Sharnaaz.
Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong  dia.
Ditanya sama ada dia sedang cuba memikat Shila kembali, Sharnaaz menafikan dengan mengatakan soal itu tidak pernah timbul kerana dia sememangnya ikhlas menyampaikan rasa tahniah itu.

Sementara  itu pula, pengikut di akaun instagram Shila mula menyifatkan reaksinya itu sebagai ‘over’ kerana Sharnaaz hanya sekadar mengucapkan tahniah, namun ada juga yang mempertahankan hak penyanyi itu untuk menyanyikan lagu yang disukainya. Tweet tahniah tersebut telah pun dipadam oleh Sharnaaz kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

Saturday, 24 January 2015

Edry Bidas Kata-Kata Aweera, Mahu Aweera Berdikari


Edry suka main drama, itulah ungkapan dari penyanyi asal kumpulan MOJO, Aweera yang juga merupakan anak didikan Edry KRU. Bagi yang mengikuti perkembangan AJL29 baru-baru ini semestinya agak terkejut dengan kehadiran kumpulan muzik jalanan Caliph Busker yang menyampaikan lagu Roman cinta.

Menurut Aweera, Edry sengaja menampilkan kumpulan muzik jalanan itu sebagai meraih simpati dan baginya drama Edry itu berjaya kerana ramai yang mahu Caliph Busker kekal dibawah naungan Edry.

Melalui instagram miliknya, Edry memberi reaksi kepada Aweera yang menuduhnya bermain drama di pentas AJL29.

Selain dari itu juga, Edry juga bakal mengambil tindakan undang-undang jika Aweera menyanyikan lagu MOJO dan Edry mahu Aweera agar berdikari dan mengenal susah payah di dalam industri hiburan sebenar.

Yes, Aweera is a good singer but he’s not the only good singer. Banyak lagi penyanyi yang bagus. Bagi saya, kami tidak kehilangan apa-apa. Mojo akan meneruskan langkah seterusnya dengan penyanyi baru.
All the best to him. Memang susah untuk dia bergerak sendiri dalam industi ini. Saya harap dia akan dapat lagu seperti ‘Mewangi’ (nyanyian Akim & The Majistret) untuk menaikkan nama dia.
Kalau dah berdiri atas kaki sendiri, maksudnya dia perlu berdikari untuk terus kekal dalam industri ini.
Mungkin kata-kata Edry akan mengguris hati Aweera, namun itulah hakikat yang perlu Aweera terima. Aweera harus mengambil kira kata-kata Edry sebagai cabaran dan meneruskan apa yang diperjuangkan dan seterusnya membuktikan keupayaan beliau.

Neelofa Kongsi Gambar Ubun-Ubun Dipegang, Peminat Bersuara!


Pasti ada yang akan terkejut melihat gambar Neelofa yang sedang tunduk dan membiarkan ubun-ubun kepalanya dipegang oleh Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi. Bagi sesetengah pendapat, ada yang mengatakan ianya adalah salah satu cara perubatan dalam islam. Tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju dan menganggap kelakuan itu diluar batasan agama islam.

Mungkin kerana terasa dengan komen para pengikut Neelofa di IG, adik kepada selebriti itu juga turut memberi komen dengan membidas para pengikut kakaknya yang seakan tidak bersetuju dengan gambar yang dimuat naik Neelofa itu.

Nampaknya, komen pedas yang diungkapkan oleh adik Neelofa ini agak biadap dan tidak professional. Mungkin terlalu marah dengan peminat kakaknya, sebab itulah kata-katanya sedikit melampau. Disebabkan itu ramai yang memberi komen memarahi kelakuan adik Neelofa yang disifatkan tidak menjada adab sebagai seorang perempuan.


Mungkin Neelofa sendiri mempunyai alasan mengapa dia memuatnaik gambar sedemikian di media sosial. Cuma mengapa tiada sebarang caption untuk menjelaskan keadaan mengapa gambar tersebut dimuatnaik.

Zamani Beri Respon Mengenai Tweet Dari Saari Amri

Zamani Beri Respon Mengenai Tweet Dari Saari Amri


Vokalis kumpulan slam, Zamani bertegas tidak mahu memberi sebarang komen mengenai tweet dari Saari Amri yang mengaitkan kisah hidup zamani terjerumus ke najis dadah yang ada kena mengena dengan penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza.


Zamani berkata, apa yang berlaku dalam hidupnya tidak ada kena mengena dengan penyanyi wanita itu yang kini sudah bergelar isteri kepada Datuk K sebaliknya dia mengaku apa yang berlaku adalah ketentuan.
"Orang yang berhak untuk memberikan komen adalah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan itu.

"Apa yang berlaku ke atas diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) tetapi ini adalah qada dan qadar," kata penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu yang ditemui di kediaman peguamnya A.M Zaharil & Co di Villa Damansara, di sini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan mengatakan memaki jurugambar selepas ditahan polis. Zamani mendakwa ia berlaku secara tidak disengajakan kerana berada di bawah pengaruh dadah pada ketika itu.
"Ketika itu saya berada dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan pula bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit. Jadi tanpa disengajakan saya tertinggi suara.

"Saya benar-benar memohon maaf kepada jurugambar berkenaan kerana sukar mengawal perasaan pada ketika itu akibat terlalu tertekan," kata Zamani.
Zamani yang ditahan Rabu lalu di sebuah rumah di Taman Keramat, Ampang bersama seorang wanita berusia 33 tahun bersedia menjalani pemulihan bagi mengatasi ketagihannya.

Sepanjang 10 tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah, sudah dua kali beliau berikhtiar ke pusat pemulihan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) namun tidak berhasil kerana mengakui malu kehadirannya dikenali.

Bagaimanapun kini, dia menyerahkan kepada keluarganya untuk membuat keputusan dan akur dengan apa saja tindakan yang bakal diambil mereka.

Friday, 23 January 2015

Zamani Slam Dibebaskan Dari Tahanan Hari ini

Selepas beberapa hari menajdi tahanan pihak berkuasa kerana kes penyalahgunaan dadah, bekas vokalis kumpulan SLAM telah dibebaskan hari ini diatas jaminan pihak polis.

Ini disahkan sendiri oleh pengurus Zamani, Johan Aziz melalui laman social miliknya. Hlive juga telah telah mengesahkan perkara ini dan memuat naik gambar eklusif Zamani selepas dibebaskan.

Zamani Slam Dibebaskan Dari Tahanan Hari ini

Peguam Zamani, Ahmad Zahiril Muhaiyar memberitahu, sebutan kes penyanyi itu akan dibuat pada hari Selasa ini di Mahkamah Majistret Ampang.Credit Rtky, Hlive

Kutuk Qu Puteh, Datuk Chef Wan Jatuh Sakit?

Pentas AJL29 yang baru beberapa hari berlangsung dipanaskan dengan kritikan dari chef terkenal, Datuk Chef Wan. Datuk chef wan bukanlah mengutuk artis atau anugerah tersebut akan tetapi berkenaan iklan penaja yang disifatkannya sebagai melampau.

Datuk chef wan telah menulis status di IG yang mengaitkan iklan AJL29 mengenai Qu puteh bahawa beliau jelak dengan iklan dan tiada mood untuk menonton AJL29 hanya kerana iklan penaja. Jika anda juga menonton AJL29, anda juga perasan yang setiap 15minit ia diselitkan dengan iklan qu puteh. Tak kurang juga dengan pengacara yang mengulangi perkataan "Qu Puteh Qu Puteh... Barulah Putih...".

Kutuk Qu Puteh, Datuk Chef Wan Jatuh Sakit?

Namun, kritikan Datuk Chef Wan tidak berakhir begitu sahaja. Pemilik dan pengasas Qu puteh, Dato Vida tidak berdiam diri dan membalas apa yang dikritik oleh chef tersohor ini. Belum sempat isu ini reda, Datuk chef wan pula dikejarkan ke hospital kerana kesihatannya yang semakin merosot kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Akibat dari itu, muncul pelbagai komen dan status mengenai kesihatan chef wan yang ada kaitan dengan kritikannya terhadap qu puteh. Nampaknya individu yang mengaitkan hal ini dengan kesihatan Datuk Chef Wan adalah naif dan tidak bertanggungjawab sama sekali. 

Diharapkan Datuk Chef wan dan Dato Vida akan berdamai, dan Datuk Chef Wan haruslah meminta maaf sekiranya kritikannya itu terlalu pedas untuk diterima oleh Dato vida.