Pelakon Adiputra menegaskan walaupun sudah menunaikan rukun islam kelima, namun dirinya masih Adiputra seperti dulu dan tidak akan memilih watak atau adegan yang akan dilakonkan kerana ia adalah tuntutannya sebagai seorang pelakon. Baginya, demi menghidupan sesuatu watak, dia harus menerima dan mengikut segala kemahuan skrip.
"Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan."
"Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah,"
Adi mengulas lagi, adegan panas yang dikatakannya itu bukanlah semestinya bersentuhan kerana teknik kamera kru rakaman amat professional dan mereka mahir mengawal sudut rakaman.
"Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun.""Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja," katanya.
Dalam perkembangan lain, filem
lakonannya yang berjudul "Isyarat Cinta",gandingan bersama Liyana
Jasmay dan Fizo Omar bakal ditayangkan pada 19 Mac depan.







0 comments:
Post a Comment
Segala komen anda adalah dibawah tanggungjawab anda. Kami tidak akan menanggung sebarang kesalahan atau kesilapan dalam memberi kelulusan kepada komen anda. Segala perkataan didalam komen adalah tanggungjawab setiap individu. Sila berfikir sebelum menulis disini. Terima kasih.