Vokalis kumpulan slam, Zamani bertegas tidak mahu memberi sebarang komen mengenai tweet dari Saari Amri yang mengaitkan kisah hidup zamani terjerumus ke najis dadah yang ada kena mengena dengan penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza.
Zamani berkata, apa yang berlaku dalam hidupnya tidak ada kena mengena dengan penyanyi wanita itu yang kini sudah bergelar isteri kepada Datuk K sebaliknya dia mengaku apa yang berlaku adalah ketentuan.
"Orang yang berhak untuk memberikan komen adalah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan itu.Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan mengatakan memaki jurugambar selepas ditahan polis. Zamani mendakwa ia berlaku secara tidak disengajakan kerana berada di bawah pengaruh dadah pada ketika itu.
"Apa yang berlaku ke atas diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) tetapi ini adalah qada dan qadar," kata penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu yang ditemui di kediaman peguamnya A.M Zaharil & Co di Villa Damansara, di sini.
"Ketika itu saya berada dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan pula bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit. Jadi tanpa disengajakan saya tertinggi suara.Zamani yang ditahan Rabu lalu di sebuah rumah di Taman Keramat, Ampang bersama seorang wanita berusia 33 tahun bersedia menjalani pemulihan bagi mengatasi ketagihannya.
"Saya benar-benar memohon maaf kepada jurugambar berkenaan kerana sukar mengawal perasaan pada ketika itu akibat terlalu tertekan," kata Zamani.
Sepanjang 10 tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah, sudah dua kali beliau berikhtiar ke pusat pemulihan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) namun tidak berhasil kerana mengakui malu kehadirannya dikenali.
Bagaimanapun kini, dia menyerahkan kepada keluarganya untuk membuat keputusan dan akur dengan apa saja tindakan yang bakal diambil mereka.








0 comments:
Post a Comment
Segala komen anda adalah dibawah tanggungjawab anda. Kami tidak akan menanggung sebarang kesalahan atau kesilapan dalam memberi kelulusan kepada komen anda. Segala perkataan didalam komen adalah tanggungjawab setiap individu. Sila berfikir sebelum menulis disini. Terima kasih.