Edry suka main drama, itulah ungkapan dari penyanyi asal kumpulan MOJO, Aweera yang juga merupakan anak didikan Edry KRU. Bagi yang mengikuti perkembangan AJL29 baru-baru ini semestinya agak terkejut dengan kehadiran kumpulan muzik jalanan Caliph Busker yang menyampaikan lagu Roman cinta.
Menurut Aweera, Edry sengaja menampilkan kumpulan muzik jalanan itu sebagai meraih simpati dan baginya drama Edry itu berjaya kerana ramai yang mahu Caliph Busker kekal dibawah naungan Edry.
Melalui instagram miliknya, Edry memberi reaksi kepada Aweera yang menuduhnya bermain drama di pentas AJL29.
Selain dari itu juga, Edry juga bakal mengambil tindakan undang-undang jika Aweera menyanyikan lagu MOJO dan Edry mahu Aweera agar berdikari dan mengenal susah payah di dalam industri hiburan sebenar.
Yes, Aweera is a good singer but he’s not the only good singer. Banyak lagi penyanyi yang bagus. Bagi saya, kami tidak kehilangan apa-apa. Mojo akan meneruskan langkah seterusnya dengan penyanyi baru.
All the best to him. Memang susah untuk dia bergerak sendiri dalam industi ini. Saya harap dia akan dapat lagu seperti ‘Mewangi’ (nyanyian Akim & The Majistret) untuk menaikkan nama dia.
Kalau dah berdiri atas kaki sendiri, maksudnya dia perlu berdikari untuk terus kekal dalam industri ini.Mungkin kata-kata Edry akan mengguris hati Aweera, namun itulah hakikat yang perlu Aweera terima. Aweera harus mengambil kira kata-kata Edry sebagai cabaran dan meneruskan apa yang diperjuangkan dan seterusnya membuktikan keupayaan beliau.








0 comments:
Post a Comment
Segala komen anda adalah dibawah tanggungjawab anda. Kami tidak akan menanggung sebarang kesalahan atau kesilapan dalam memberi kelulusan kepada komen anda. Segala perkataan didalam komen adalah tanggungjawab setiap individu. Sila berfikir sebelum menulis disini. Terima kasih.